8/17/2009

takutkan PENYAKIT or takutkan DOSA????

Tetibe je aku terpikir kawan aku ckp bende ni.."Pernah atau tidak kita terfikir hikmahnya Allah Ta'ala berikan kita musibah H1N1 ni...Di sini saya ingin berkongsi apa yang ustaz saya beritahu.....Jika difikir-difikir, musibah virus H1N1 ni sebenarnya mengajak kita untuk mengingati akan mati kerana sebelum ini kita seakan-akan lupa bahawa kita akan mati pada waktu yang telah dijanjikan. Pada masa sekarang jika siapa disyaki mempunyai simptom H1N1 cepat-cepat berjumpa doktor... Ada atau tidak, jika seseorang melakukan dosa baik kecil atau besar, dia akan segera memohon keampunan Allah..Tidak dinafikan ada yang berbuat demikian tetapi jarang-jarang bak kata P.Ramlee...Bila ada penyakit cepat-cepat mencari ubat tetapi apabila telah berbuat dosa? " Para sahabat sekalian renung2kan dan selamat bermuhasabah diri...Barakallahubikum