2/23/2009

tips kenali cinta...

baru2 nie aku ader terbace satu buku ne ttg tip kenali cinta..
so,aku nk kongsi ngan korg sume..dgn harapan sedikit sby dpt beri gmbran pd dri kte or pd seseorang....

1. Cinta adalah iman dan keimanan juga yang menentukan ketahanan dan kesetiaan pasangan yang bercinta.

2. Apabila manusia gagal mencintai Tuhannya, maka cinta sejati tidak akan ditemuinya

3. Anda sebenarnya silap dan terperangkap apabila persahabatan dan semangat setiakawan yang terbina bertahun-tahun berakhir dengan ungkapan cinta

4. cinta yang tulus ikhlas lahir daripada sikap,perbuatan dan tindakbalas yang dipamirkan oleh seseorang bukan dari kata-kata bermadah walaupun terlalu indah

5. Orang yang terlalu banyak berjanji semasa bercinta adalah orang yang keliru dengan perasaannya sendiri.

6. Cinta memerlukan keikhlasan dan kejujuran dan bukannya pengorbanan.Mereka yang sanggup bekorban demi cinta adalah orang yang tidak pernah memahami cinta sebenar.

7. Anda sebenarnya tidak pernah jatuh cinta atau dicintai sekiranya anda mengatakan sering gagal dalam percintaan

8. Kecacatan cinta bukannya terletak atas sebab 'Cinta Itu Buta' tetapi disebabkan mereka yang selalu mempermainkan cinta

9. Anda adalah insan yang kecewa sebelum waktunya sekiranya anda sering mengucapkan 'Aku Cinta Padamu' dan Adakah Kau mencintaiku'

10. Cinta adalah anugerah Tuhan, mereka yang menerima dan mengalami tidak pernah menyedari bahawa dia telah jatuh cinta pada seseorang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan