4/08/2009

Qada Solat Fardu lebih utama berbanding amalan sunat yg lain..

Solat fardu adalah kewajipan bg setiap Muslim yg mukallaf. Meninggalkan solat dgn sengaja atau tiada keuzuran seperti terlupa dan tertidur wajib diganti pada waktu lain.

Mengikut Kitab Fiqh dan Perundangan Islam oleh Dr Wahbah az-Zuhaili, fuqaha sependapat mengatakan qada solat yg luput wajib disegerakan tanpa mengambil kira sama ada disebabkan keuzuran atau tidak.

Mazhab Syafie yg membuat penafsiran mengenai hal ini berkata:`Sunat menyegerakan solat yg terluput jika disebabkan keuzuran, maka menyegerakan qada adalah wajib".

Perkara ini merujuk firman Allah SWT bermaksud "....dan dirikanlah solat utk mengingati Daku" ( Surah Taha: ayat 14) yg memberi tafsiran melewatkan solat adalah maksiat, maka maksiat wajib dihapuskan segera.

Oleh itu, penting utk qada solat fardu yg terluput secepat mungkin. Sesetengah ulama berpendapat org yg sudah meninggalkan solat tidak boleh mendahului beberapa solat sunat sedangkan beliau belum menyelesaikan dan melengahkan qada solat fardu.

Contohnya, jika seseorg leka menjaga solat fardu tetapi rajin melakukan solat hajat, diibaratkan seorg hamba Allah tidak mahu melakukan perintah Allah tetapi suka bermohon atau mendesak agar Allah SWT kabulkan permintaan dan kehendak peribadinya.

Ia menunjukkan sifat tamak dan tidak bersyukur sebagai hamba Allah.

RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL

Tiada ulasan:

Catat Ulasan