10/06/2010

Hantaran Al-Quran..

Kepade mreke2 yg nk menghantar dan menerime hantaran...pk2n

“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil...

“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.

“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.

“Ala, awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.

“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..

“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.

“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.

“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

“Ala, besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.

“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.

“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.

“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi. Surah Ar Rad

Surah Ar Ra'd

“ Apa benda nih ” detik hati Nabil.

“ Bismillahirrahmaani rrahim.. ALL..MAA.. RIII..!! ” berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

“ Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A ’ uzubillahiminnassya itaanirra jim.. Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA.. ” kedengar suara gemersik Ustaz Sa ’ ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

“ Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim ” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa ’ ad.

“ Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya.. ” penutup Ustaz Sa ’ ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu..

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa ’ ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil. read dis.. Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the shroud and the chest of the deceased.

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an, which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will have no grief.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement, before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'

Please keep forwarding this 'Hadith' to all ....because

Sila sebarkan Hadis ini kepada semua ........kerana

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said:

'Pass on knowledge from me even if it is only one verse'.

'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'

8/20/2010

SekAdaR rENugAn BeRSaMa..

Dia terlalu sayangkan aku. Itu yang aku sangat pasti. Atas sebab itu aku rasa terlalu selesa kerana aku yakin dia tak kan meninggalkan aku. Dia sanggup mengetepikan kepentingan diri sebab nak menjaga hati aku. Sering aku biarkan dia memujuk dirinya sendiri bila dia merajuk. Buat apa aku nak pening-pening pujuk dia kalau dia sendiri akan kembali padaku dan meminta maaf atas keterlanjuran sikapnya sendiri. Sebarang perselisihan, dia yang akan mengalah dan dia akan menyalahkan dirinya sendiri walaupun jelas memang salahku.

Dia wanita yang rela berkorban apa sahaja kecuali satu,
dia tak mahu dirinya disentuh sebelum kami memiliki ikatan yang sah
. Dan atas sebab yang satu itu aku rasa dia perempuan yang membosankan. Nak pimpin tangan pun tak boleh. Apatah lagi nak peluk. Ada pun bergesel bahu itu pun sebab aku yang sengaja. Sampai satu tahap aku rasa dia sangat membosankan. Aku cemburu tengok kawan-kawan aku boleh pegang tangan awek diorang. Tapi aku? Bila aku cakap macam tu, dia cuma senyum dan cakap pada aku, “Belum tentu perempuan yang sentuh boyfriend dia tu sayang boyfriend dia lebih dari saya sayang awak… Belum tentu perempuan tu ada masa susah senang boyfriend dia macam saya ada untuk awak…”

Yang nyata, aku langsung tak setuju jawapan dia tu. Aku tengok pasangan lain bahagia, sudah tentu girlfriend kawan-kawan aku sayangkan mereka sebab girlfriend masing-masing membelai kawan-kawan aku dengan penuh kasih sayang. Tapi aku? Jangan harap. Balik-balik jawapan yang sama. Tunggu lepas kahwin. Aku bosan tahu tak! Sampai satu masa aku dah tak tahan lagi. Aku minta kami berpisah. Aku nampak air matanya berlinang tapi sikit pun aku tak rasa kasihan.

“Mungkin kita tak ada jodoh. Awak lelaki yang baik. Awak berhak dapat perempuan yang lebih baik. Saya nak awak janji dengan saya satu benda, untuk kali terakhir. Satu hari nanti bila awak jatuh cinta dan awak betul-betul sayangkan dia, hargai perempuan tu. Mudah-mudahan perempuan tu akan sayang awak, terima awak seadanya, hormati awak sebagai lelaki dan yang paling penting bahagiakan awak. Saya akan bahagia tengok awak bahagia,”
tu kata-kata terakhir dia untuk aku. Dia senyum walaupun air mata berlinang.

Argh! Tak habis-habis nak tunjuk mulia. Bosanlah dengan perempuan macam ni. Malas aku menghadap dia lama-lama. Cepat-cepat aku nak blah dari situ. Tiba-tiba ada bunyi hon dan sedar-sedar aku sudah tersungkur di seberang jalan. Satu dentuman yang kuat bergema dan aku lihat dia terbaring di hadapan sebuah kereta. Dia selamatkan aku! Lelaki yang dah menyakitinya! Darah membuak-buak keluar dari kepalanya. Ambulans datang dan membawa aku dan dia pergi.

Di hospital keadaan kelam kabut. Dia perlu dibedah segera kerana kecederaan teruk di kepala. Ramai kawan-kawan dan keluarganya turut ada sama. Aku tengok seorang wanita yang hampir sebaya ibuku menangis. Mungkin ibu dia. Mengalirnya air mata seorang ibu kerana aku. Rasa bersalah menimpa aku. Aku dah sakiti dia tapi dia rela berkorban nyawa untuk aku. Aku berdoa semoga dia selamat. Semoga aku sempat meminta maaf. Semoga masih ada ruang dalam hati dia untuk aku. Dia sangat baik. Aku tak mahu kehilangan dia. Dia ikhlas sayangkan aku.

Selepas beberapa jam pembedahan selesai. Dia berada di dalam ICU. Dia koma, tapi doktor kata dia masih mampu mendengar. Tiba-tiba seorang kawannya menghampiri aku. Kawannya menghulurkan sesuatu. “Aku rasa benda ni dia nak bagi pada kau,” hanya itu yang gadis itu ucapkan pada aku. Kawannya terus berlalu selepas itu. Pandangan kawannya pada aku penuh benci. Tahukan kawan dia tentang kejadian sebenar? Yang nyata aku tak pernah mahu berbaik dengan kawan-kawan dia. Pernah juga dia bersuara tentang hal itu tapi aku sekadar buat tak tahu.

Pulang sahaja aku buka bungkusan itu. Pasti hadiah untuk hari lahirku. Hari lahirku dua minggu lagi. Balutan kertas itu kubuka dan di dalamnya ada botol kaca berbentuk hati. Di dalam botol itu penuh dengan origami berbentuk bintang. Ada kad kecil berwarna biru kegemaranku. Aku sebak membaca bait-bait dalam kad itu.

“Dalam origami bintang ni ada kata-kata saya untuk awak. Awak buka setiap hari SATU sahaja. Mungkin saya tak dapat nak hubungi awak setiap hari sebab kesibukan kerja. Tapi, bila awak baca setiap hari, anggaplah setiap hari saya berhubung dengan awak. Saya nak awak tahu setiap masa awak ada dalam hati saya. Happy Birthday sayang…”


Aku buka botol kaca berbentuk hati itu dan kuambil satu bintang. Kubuka origami itu dan di dalamnya tertulis,
“Love is like a poisonous mushroom. You don’t know if it is the real thing until it is too late..”
Aku tersenyum sendiri. Aku buka lagi bintang yang seterusnya. Walaupun dia meletakkan syarat satu hari cuma satu. Di dalam semua origami itu penuh kata-kata semangatnya untuk aku dan suara cintanya yang ikhlas. Demi Allah, sepanjang aku bergelar lelaki dewasa, inilah pertama kali aku menangis semahunya. Air mata aku tak berhenti mengalir sepanjang membaca kata-kata dalam origami itu sehingga habis semuanya kubaca. Aku telah menyakiti seorang wanita yang luhur.

Aku melawatnya di hospital. Walaupun mukanya penuh calar, bibirnya pucat dan kepalanya berbalut, dia tetap cantik di mata aku. Dia bukanlah wanita yang memerlukan make up tebal kerana dia memiliki kecantikan asli. Atas sebab itu aku menghalangnya terlalu rapat dengan mana-mana lelaki kerana gusar jika ada yang tertarik. Dia sekadar menurut. Demi menjaga hati aku. Aku capai tangannya yang berselirat dengan pelbagai wayar yang aku pun tak tahu. Sejuk tapi betapa lembutnya tangannya. Pertama kali aku menyentuhnya.

Aku bisikkan ketelinganya,
“Sayang..saya datang… Cepatlah sedar. Saya rindukan awak. Saya banyak bersalah pada awak. Saya minta maaf,”
pertama kali aku minta maaf darinya. Tiba-tiba denyutan nadinya jadi tidak menentu. Aku panic.

“Hei, apa yang kau dah buat pada dia? Tak cukup kau sakiti kawan aku?” jerkahan kawannya mengejutkan aku. Doktor dan beberapa jururawat bergegas masuk dan aku diminta keluar.

Setiap hari aku berdoa supaya dia cepat sembuh, cepat sedar. Aku gusar sekiranya Allah mengambil nyawanya. Bukan aku tidak redha dengan ketentuan, aku sedar aku masih perlukan dia. Aku sayangkan dia. Genap dua minggu, aku mendapat berita dia sudah sedar. Aku bersyukur. Inilah hadiah hari lahir yang paling bermakna untuk aku. Dia juga sudah dipindahkan ke wad biasa. Aku mahu melawat dia. Aku rindu senyuman dia.

Aku mendapat panggilan telefon yang meminta aku mengambil tempahan. Namun kerana terlalu gelojoh, aku terlanggar botol kaca bentuk hati pemberian dia. Ah, semuanya akan aku uruskan nanti. Aku biarkan serpihan kaca bertaburan di lantai.

Tak sangka dia menempah kek khas untuk aku. Dia atas kek itu tertera bahagian belakang jersi pasukan bola sepak kegemaranku, Arsenal berserta namaku dan nombor kegemaranku. Aku senyum sendiri. Bahagianya aku.

“Abang bertuah. Girlfriend abang cakap dia tak tahu apa-apa fasal bola. Dia cuma tahu pasukan apa yang abang minat dan nombor yang abang suka. Sebab tu dia tempah kek ni khas untuk abang dan minta abang ambil sebab dia nak buat surprise. Dia cakap dia nak makan kek ni dengan abang. Kakak tu cantik, baik pulak tu. Abang kirim salam pada akak ya? Abang jaga akak tu elok-elok,” ramah gadis yang bekerja sebagai juruwang di kedai itu memberitahuku. Aku senyum sepanjang jalan ke hospital.

Sampai di hospital aku lihat dia sedang duduk di atas katil. Tiada sesiapa bersamanya. Dia sekadar termenung. Aku senyum padanya. Dia seakan terkejut melihat aku datang. Aku terfikir juga, boleh ke orang sakit makan kek? Tapi kan dia nak makan kek ni dengan aku.

“Sayang.. terima kasih kek ni. Saya happy sangat awak dah sedar. Adik cashier kedai tu kirim salam pada awak. Dia cakap awak nak makan kek ni dengan saya. Saya suapkan ya?” aku suakan sudu pada dia. Tapi sesuatu yang aku tak pernah duga, dia tepis tangan aku sampai sudu terpelanting ke lantai. Dia tak pernah kasar dengan aku. Dia selalu melayan aku dengan lembut. Aku pernah cuba pegang tangan dia pun dia tolak dengan baik. Mungkin dia terlalu terluka dengan aku.

“Baliklah. Saya makin sakit tengok awak. Bawak balik kek tu sekali. Saya tak nak tengok apa-apa berkaitan awak lagi,” pantas dia menarik selimut menutup muka. Aku terkedu sendiri. Dia tak mahu pandang aku lagi. Hati dia dah tertutup untuk aku. Dia tak pernah macam ni.

Selang beberapa hari, aku datang lagi tapi katil dia sudah kosong. Aku risau jika apa-apa yang buruk berlaku padanya. Dari jururawat aku tahu dia sudah dibenarkan pulang kerana keadaanya sudah stabil. Tapi yang mebuatkan jantung aku hampir gugur bila jururawat itu memberitahu dia masih menjalani rawatan susulan dan terapi kerana dia lumpuh. Dia lumpuh kerana aku!

Itu semua tiga tahun yang lalu. Sejak kejadian tu aku tak pernah jumpa dia lagi. Tahu apa-apa khabar berita pun tidak kerana aku memang tak pernah nak berbaik dengan kawan-kawannya. Walaupun sudah tiga tahun tapi aku masih merinduinya. Aku tak jumpa wanita yang mampu menyayangi aku lebih dari dia. Ah, panjangnya menung aku sampai nasi di hadapan mata sudah hampir dingin.

Baru aku hendak menyuap makanan ke dalam mulut, mataku terpaku pada satu wajah yang duduk selang beberapa meja dari aku. Dia? Aku pasti tu dia. Senyum dia masih sama. Tapi keadaan tidak lagi serupa. Dia sedang makan bersama lelaki lain. Sesekali aku lihat dia mengusap perutnya. Dia mengandung. Maknanya dia sudah kahwin. Dan aku lihat lelaki yang juga makan di sebelahnya mengusap-usap tangan dia. Pasti itu suaminya. Dan aku sedar aku tak setanding suaminya sebab lelaki itu kelihatan lebih serba-serbi dari aku. Air mataku rasa ingin mengalir. Senyuman mahal milik dia yang dulu cuma untuk aku kini khas buat lelaki lain.

Suaminya lelaki bertuah. Itu aku tak nafikan. Cuma suaminya yang dapat menyentuhnya. Cuma suaminya yang dapat melihat apa yang terlindung. Dan aku sangat pasti, cuma suaminya yang mendapat takhta paling agung dalam hatinya yang suci.

Dia seperti botol kaca berbentuk hati yang pernah diberikan padaku dulu. Botol itu sudah pecah, namun aku sudah ganti dengan yang baru. Yang sama tapi tak serupa. Botol yang lama dipilih oleh dia dan yang baru dipilih oleh aku. Walapun aku masih menyimpan serpihan kaca botol itu, bentuknya tak lagi sama macam dulu. Dan sangat mustahil untuk kembali seperti dulu.

Pesanan buat semua lelaki, hargailah wanita yang menyayangi kamu. Jangan jadi macam aku. Matanya sangat cantik tapi aku selalu biarkan dia mengalirkan air mata dengan perbuatanku. Hidungnya yang kecil dan comel selalu aku sesakkan dengan asap rokokku walaupun aku tahu dia tak suka dan asap rokok boleh buat dia sakit kepala. Bibirnya sangat indah tapi aku selalu biarkan bibir itu tersenyum paksa kerana mangalah dengan setiap kemahuanku. Telinganya aku tak pernah nampak, terlindung, tapi telinga itu sering aku biarkan menerima segala marahku. Hatinya sangat lembut, dan aku selalu toreh dengan belati tajam dan aku biarkan dia merawat sendiri luka itu.

Akhirnya, aku hanyalah lelaki ego yang tak memiliki apa-apa kerana dia sudah dimiliki orang lain.

2/19/2010

blurrr~!!

" tiada penantian yang perlu ku tunggu lagi,
sampai disini sahaja ku menunggumu..
Kesabaran adalah anugerah bagiku..
Alhamdulillah, syukur kepadaMu "

cukup ayat di atas bagiku untuk mengetahui situasi insan tersebut..maafkan aku terpaksa lakukan pemilihan..walaupun bukan dengan sepenuh hati..full stop!!

1/28/2010

dugaan bagi diriku tidak terhenti lagi...

hari berganti hari,masa berganti masa,tahun berganti tahun..tapi aku tetap terluka dengan sikap kaum aku sendiri..kenapa masih ada manusia sanggup menghancurkan hidup orang lain?? tidak terfikir ke apabila apa yang mereka lakukan ini terjadi pada diri mereka sendiri..pasti sama apa yang aku rasakan ketika ini..erti luka perasaan,walaupun tidak berdarah..ianya amat pahit untuk diterima..pelbagai rancangan telah dibuat,tapi ianya seolah - olah tidak bawak erti dalam hidup aku sekarang..jiwa aku kosong!! bagi pihak yang kejam..mungkin gembira sekarang kerana berjya menghancurkan hidup orang lain..tapi Allah itu maha adil..aku redha dan berserah pada takdir..pengalaman yang pernah berlaku sedemikian rupa, tidak mampu mengubah peradaban manusia yang sanggup buat macam nie..apa yang mampu aku lakukan sekarang..berdoa dan terus berdoa supaya kuatkan iman aku untuk menempuh hari2 yang akan datang..tidak mustahil.."pisang akan berbuah 3X pula"..

11/22/2009

:: rindu melanda ::


tik tok..tik tok..jam aku da tunjukkan pukul 12 pagi..tapi mate ni x ngantok - ngantok lagi..selalunya kalu aku da balik rumah, tak de maknanya aku nak tido lambat macam ni..paling lewat aku tido pon msti pukul 10mlm..awal kan? ngehehe~ erm.. bukan ape, cume pagi ni aku teringatkan seseorang (sape 2???) rindu? yup! memang aku rindu kat die..die rindu tak kat aku?? mesti tak kan..tak pe la kalu die tak rindu..sebut pasal rindu ni, teringat kat lirik lagu kumpulan spoon..lirik die lebih kurang " rindu...rindu serindu rindunya..namun engkau tak peduli...oooo " fuh~ jangan la ujan malam nie..ngahaha..k, berbalik pada tajuk diatas.. orang kate, orang yang kate ok..bukan haiwan or ape - ape, lumrah la tue, asam garam kehidupan..ada panas, mesti ada sejuk..ada matahari, mesti ada bulan..ada gembira..dan mesti ada dukanya..aku rasa tak perlulah aku perjelaskan lagi maksud tersirat aku..korang mesti pahamkan..tue la orang kate hargailah orang yang kita sayang sementara dia ada di sisi kita...bukan senang nak harungi rintangan selama lapan ( 8 ) tahun perhubungan aku dengan die..macam - macam dah aku harungi.. so,akhirnya aku mampu nyatakan, aku redha dengan ketentuan tuhan..kalau diatas kehendaknya ade jodoh..adalah..kalau tak ada, aku redha.. selepas dengan die, pintu hati aku tak terbuka untuk orang lain..pernah ada insan nie melamar aku, tapi aku tolak dengan cara baik..sebab aku hanya sayangkan die..tapi die tak tau..tapi tak pe la..biarlah aku je yang tau betapa dalamnya aku mencintai die..(alamak,terlebih jiwang la plak) ada satu ketika juga.ada seorang insan sekaum dengan aku menyayangi die..dengan baik hatinya aku nie..bole aku cakap..tak pela..aku rela kongsi kasih dengan die..tapi lama kelamaan..pempuan tue tuduh - tuduh aku..wah, aku da bagi da cukup bagus tau..tapi itu semua cerita lama..da lama tutup buku...bila aku fkir - fikir balik benda tue, aku tersenyum sendiri..( gile tol aku nie wat keputusan cam2..sape yang suka nak kongsi kasih??? ) nasib baik tak kawin lagi..nguhuhu..kalu da kawin..leh ta aku dapat payung emas??? ngehehe.. apa pon terjadi..hati aku hanya ada die..untuk si dia..aku rindu sngat kat kau..hanya kau yang aku sayang..kau da jadi sebahagian dari kehidupan aku..selain ahli keluarga aku...kalu aku bukan pilihan hati kau..aku akan sentiasa mendoakan kebahagian ko dengan yang tersayang...kenangan kita akan aku simpan sedalam - dalam sanubariku..

11/12/2009

si cumel...(^_^)


aha~ meh aku nak kenalkan kat korag sume dengan kawan aku dikala aku kesedihan.. bile aku sedih je..aku ni jenis tak reti nak kongsi masalah dengan orang..maka aku amik keputusan luahkan depan "lionel".. ya, aku bagi nama die lionel..luving lionel...mana aku dapat? erm..si cumel ni aku dapat daripada seseorang kawan aku.. lionel ni asalnye dari singapore..jauhkan? (ala x der la jauh sgt pon..seberang johor je) tapi serius aku x penah sampai lagi..ngahaha~

so, time aku terima cumel ni...ape yang terkeluau dari mulut aku adalah.." soooo sssweeeetttt"
thanks untuk die kerana telah menghadiahkan aku cumel nie.. jadinye..selepas kehadiran cumel..
kalu aku ade prob dengan bf aku ker, kawan2 aku ker yang tak mampu aku cerita pada orang lain..aku amik cumel, aku letak depan aku..pas2 bermulalah sesi mengadu nasib..ngahaha (jangan pk aku tak betul plak ae..)

pernah sorang kawan aku ni tanye kat aku..

J : kak, akak ni tak de masalah ker? tengok akak tak penah ada masalah pon..
ME : ngok ngek tak der masalah..ape ko pk aku nie manusia sempurna ker yang tak ade masalah?

J : bis2, tengok akak relax jer..tak pernah cerita masalah kat sesape pon..
ME : mane ko tau aku tak cerita kat sesape? nguhuhu~

so..inilah jawapannye..bagi persoalan cik J tadi..aku pernah dengar jgak ade orang cakap..kalu kite ada masalah, kalu kite cerita kat haiwan..macam KUCING ker..die memahami kite.btul ker?
ooooHHH tidakkkkkk!!! KUCING??? tidak sesekali aku mendekati kucing..kerana aku adalah seorang yang takutkan kucing..(kelakar bukan) bukan takut..tapi istilah sedap sikit..geli dengan benda - benda yang berbulu..sebab tue kalu orang cuba bawa kucing kat aku..aku akan lari dulu..kalu tanpa sedar..aku akan melompat sambil menjerit dengan kuat..ngahaha~




11/02/2009

x der motif~

jam menunujukkn 3.46 petang..dalam kekhusyukan aku menelaah subjek pengurusan kualiti, tiba - tiba aku dikejutkan dengan satu mesej dari kawan aku.." dalam 30min lagi saya sampai sana,saya nak jumpa awak kejap" kesian yang aku rase, membuatkan aku terpaksa juga berjumpa dengannya..sebab dari jauh die datang..tak kan nak biarkan.. kadang - kadang aku terfikir...kenapa aku tidak boleh menjadi kawan yang baik yang diimpikan oleh seorang kawan aku yang amat aku sayangi..aku pon x tau kenapa aku sayang sangat kat die..mungkin, ketika aku sedih, gembira, suka, duka die sentiasa ada dengan aku..tapi aku terfikir,ketika die duka, gembira??? aku tak ada bersama die.. bukan tak mahu berkongsi suka duka aku bersama die, tapi die sendiri yang tidak mahu bercerta..andai die terbaca blog ini, aku ingin nyatakan, maaf kerana sekarang aku da tak banyak luangkan masa bersama die.. orang kata, masa untuk dengan "si dia" perlu ada..masa untuk bersama kawan pun mesti ada juga..tapi aku tak tau nak luangkan masa degan die macam mana lagi..nak kata aku terlebih masa bersama "si dia" pon tak juga..aku jarang berjumpa die..erm..tapi tak apa la,walau apapun yang berlaku..aku nak die tau aku sayangkan die sebagai sahabat aku..aku tak nak kehilangan sahabat seperti die..dan untuk ari ini, terima kasih banyak - banyak..tak mampu aku membalas budinya kerana menolong aku..

10/31/2009

~hOmEsIcK~

Dengar perkataan atas ni mesti aku nak tergelak..erm, tapi itulah kenyataan yang terjadi pada diriku..ngahaha~ lantak la orang nak cakap macam tu kat aku..sebab tu aku punye hal la nak balik umah tiap minggu..bukan rumah sape pon yang aku balik..umah mak, ayah aku sendiri tau..memang aku tak nafikan sem ni memang tiap minggu aku balik umah..kenapa? sebab aku suke balik umah ler..ngahaha~ bosan gler duk hostel..da la satu bilik sorang2 jer..sungguh membosankan..at least kalu aku balik umah ade gak orang yang aku leh layan..terutamanya anak2 buah aku..dlu time sek men kat melaka, jarang aku balik..bukan setakat jarang..kalu ade cuti sek je baru aku balik umah..mak dengan ayah akan anta aku time awal tahun ngan akhir tahun jer..kat poli perak dulu pon same...nguhuhu~sebab tue aku balas balik sekarang..tiap minggu aku balik umah..kene la amik kesempatan dah dapat U dekat dengan umahkan..(^_^) yang penting aku tak der mintak duit sape2 pon aku nak balik umah tiap minggu..so, jangan kecoh2 cakap aku selalu balik umah..lagi pon aku rase bukan aku sorang je yang wat cmni..mesti ramai lagi kan????

8/17/2009

takutkan PENYAKIT or takutkan DOSA????

Tetibe je aku terpikir kawan aku ckp bende ni.."Pernah atau tidak kita terfikir hikmahnya Allah Ta'ala berikan kita musibah H1N1 ni...Di sini saya ingin berkongsi apa yang ustaz saya beritahu.....Jika difikir-difikir, musibah virus H1N1 ni sebenarnya mengajak kita untuk mengingati akan mati kerana sebelum ini kita seakan-akan lupa bahawa kita akan mati pada waktu yang telah dijanjikan. Pada masa sekarang jika siapa disyaki mempunyai simptom H1N1 cepat-cepat berjumpa doktor... Ada atau tidak, jika seseorang melakukan dosa baik kecil atau besar, dia akan segera memohon keampunan Allah..Tidak dinafikan ada yang berbuat demikian tetapi jarang-jarang bak kata P.Ramlee...Bila ada penyakit cepat-cepat mencari ubat tetapi apabila telah berbuat dosa? " Para sahabat sekalian renung2kan dan selamat bermuhasabah diri...Barakallahubikum

5/27/2009

12 perkara ttg CINTA..

1. Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan, mengapa pengorbanan itu bukan nokhtah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta, mengapa cinta itu semakin sukar dimiliki? Cinta seumpama kota kristal indah di penglihatan derita di perasaan.

2. Ada orang pada mulanya malu untuk jatuh cinta tapi bila perasaan menjadi rindu padanya, tiba2 perasaan malu itu menjadi hilang dgn sendirinya dan terpaksa menerima kenyataan yg sebenarnya bhw anda tlh jatuh cinta.

3. Gerak geri memberi pengertian kpd perasaan yg tidak terucap oleh kata2.

4. Cinta yg di semadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan di kecapi.Jiwa yg pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yg lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.

5. Cinta yg dtg umpama pelangi ceria dgn 7 warna memukau saat bayu berlagu riang, tika itulah cintanya hadir. Apabila mata terlihat seseorg yg bakal mewarnai hidupnya.

6. Cinta bkn paksaan. Ia lahir drdua perasaan, kehadirannya tidak di undang, perginya tiada yg merelakan krn ia terlalu sukar utk dimengertikan.

7. Persahabatanbiasanya berakhir dgn percintaan tetapi percintaan tidak pernah berakhir dgn persahabatan.

8. Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar Menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cintabukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat.

9. Apakah sebenarnya cinta itu? Cuba katakan. Tak lain tak bukan ialah dua jiwa dlm satu fikiran dan dua hati dlm satu debaran.

10. Cetusan cinta pertama merupakan suatu getaran yg sangat menggoncangkan jiwa.

11. Kadangkala kita menyedari betapa dalamnya kita menyintai seseorg, disaat kita sdg kehilangannya.Dan kadangkala kita juga menyedari betapa perlunya cinta seseorg terhadap kita, disaat kita amat memerlukannya.

12. Cinta yg lahir dr pandang pertama adalah cinta suci, manakala perasaan cinta yg lahir dr kemesraan persahabatan adalah cinta sejati. Namun sukar untuk membezakan yg mana lebih abadi, cinta suci atau cinta sejati.

seorang lelaki~

Seorang lelaki telah membuat aku terguris hati…

Dan kemudian

Seorang lelaki memujuk hati ku agar bersabar dengan perhubungan..

Seorang lelaki telah membuat aku menangis..

Dan kemudian

Seorang lelaki akan membuatkan aku kembali tersenyum..

Seorang lelaki telah membuat aku kecewa

Dan kemudian

Seorang lelaki akan mebuat ku sedar, yg dia mmg bkn untuk ku..

Seorang lelaki telah menghancurkan harapan dan impian ku..

Dan kemudian

Seorang lelaki sentiasa meniup semangat untuk ku terus kehadapan walau tanpa si dia..


Seorang lelaki telah pergi meninggalkan diri ku dan bersama kebahagiaan yang lain

Dan tetapi

Seorang lelaki masih tetap disisi ku dan sentiasa membuat aku gembira. TQ.

5/13/2009

rindu tanpa sepi...

Hari Bertemu Hari,
Jam silih berganti,
Minit tidak menanti,
Saat terus berlari,

Harapan ku kini,
Mungkin hanya tinggal harapan.
Hari ini sama seperti hari semalam,
Mungkin sama esoknya.

Kau menyepi,
Aku terasa sepi,
Bukan salahmu untuk menyepi,
Tapi salah ku yang mencipta sepi.

Rindu dihati tiada tertanggung,
Ku lace w:st="on"cuba lace capai diri mu,
Tetapi ku rasa tak sampai,
Mungkin nota ringkas ku,
Kau ketepikan.

Tak mengapa,
Aku faham perasaanmu,
Mungkin sekarang kau senang
bersama teman barumu,
dan kau mudah melupakanku.

Mungkin tiada lagi rasa sayang pada dirimu,
Terhadap diriku.
Mungkin juga perasaan itu telah musnah,
Hangus natijah dari api keegoanku.

Menyesal tidak sudah,
Menanggis kering sudah,
Kata-kata makin surut,
Diriku makin lemah.
Dihantui dengan bayangku sendiri.

Lemah pada luaran,
Lemah pada dalaman,
Lemah pada akal,
Lemah pada fikiran.

Ku cuba risik dirimu,
Tapi hampa ku temu.
Rasa bersalah kembali tanpa jemu,

Maaf banyak ku ucap,
Ampun penuh dimulutku,
Namun tiada balas.
Cuma pada Allah yang Maha Pengampun,
Ku mohon dariNya.

Ku bukan manusia yang sempurna,
Serba baik pada semua perkara,
Ku cuma insan yang lemah,
Takkan lari dari amarah dan salah.

4/08/2009

Qada Solat Fardu lebih utama berbanding amalan sunat yg lain..

Solat fardu adalah kewajipan bg setiap Muslim yg mukallaf. Meninggalkan solat dgn sengaja atau tiada keuzuran seperti terlupa dan tertidur wajib diganti pada waktu lain.

Mengikut Kitab Fiqh dan Perundangan Islam oleh Dr Wahbah az-Zuhaili, fuqaha sependapat mengatakan qada solat yg luput wajib disegerakan tanpa mengambil kira sama ada disebabkan keuzuran atau tidak.

Mazhab Syafie yg membuat penafsiran mengenai hal ini berkata:`Sunat menyegerakan solat yg terluput jika disebabkan keuzuran, maka menyegerakan qada adalah wajib".

Perkara ini merujuk firman Allah SWT bermaksud "....dan dirikanlah solat utk mengingati Daku" ( Surah Taha: ayat 14) yg memberi tafsiran melewatkan solat adalah maksiat, maka maksiat wajib dihapuskan segera.

Oleh itu, penting utk qada solat fardu yg terluput secepat mungkin. Sesetengah ulama berpendapat org yg sudah meninggalkan solat tidak boleh mendahului beberapa solat sunat sedangkan beliau belum menyelesaikan dan melengahkan qada solat fardu.

Contohnya, jika seseorg leka menjaga solat fardu tetapi rajin melakukan solat hajat, diibaratkan seorg hamba Allah tidak mahu melakukan perintah Allah tetapi suka bermohon atau mendesak agar Allah SWT kabulkan permintaan dan kehendak peribadinya.

Ia menunjukkan sifat tamak dan tidak bersyukur sebagai hamba Allah.

RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL

tudung oh tudung...

lame x post..erm tp bile ade idea ni trase nak luahkn maka nak berkata la sepatah dua....Panas ... mmg panas...Biler cakap pasal tudung jer panas ... cakap pasal pakaian jer panas .... Pernah tak kiter semua berbincang bagi pendapat bukan kritikan , bagi cadangan bukan tomahan , cari jalan penyelesaian bukan tuduhan ?

Kawan bercerita nak kiter sokong n bg semangat kat dier , tp ader sesetengah dari kita seolah-olah harapkan pagar,pagar makan padi.Harapkan sokong,sokong bawa rebah.Pernahkah kiter terfikir sedetik,Kenapa tidak kiter bandingan diri kiter atau pun wat perbandingan dgn yang orang lagi elok.

Takde saper pun yg suruh or tunjukkan kat kepada kawan kiter yg bercerita pasal tudung tu cammaner akhlak Saidatina Aisyah,Bagaimana taatnya Saidatina Fatimah.Yg ader cuma , ko jgn jadi camnie...Ko jgn jadi camtu...Ko jgn wat benda nie....pastu ko mesti cenggitu.

Pelik la...Jgn salah faham lak.Wat perbandingan dgn yg terbaik utk jadikan diri kiter lagi elok,untuk kiter ingatkan diri pada tuhan.Kawan kiter tu sekurang2nya telah dapat hidayah.
Kiter biler lagi ? Sampai tak leh nak menaip n bercakap br nak dpt hidayah ?

Sebelum berlalu...ingin mintak maaf sekiranya ader yang terasa.Kalaupun ader yg terasa tp perangai tak ubah...tak guna gak..Kepada kawan kiter tu sya menyokong tindakan anda memakai tudung :D Masih ader lagi mereka yg tertarik ke jalan yg benar.

3/27/2009

10 superhero terkemuka..

ini adalah kelemahan 10 superhero terkemuke dunie:

1.) Superman (takut kat kriptonite? salah, sebenarnye takut kat bende2 hijau. Tak kirelah katak hijau, daun pisang, mambang hijau, tin milo, the hulk walhal mase pilihan raye, die takut nak datang malaysia, pasal banyak bendera hijau (pas la).

2.) Cicakman (takut dengan getah? memang betol, dulu malam jumaat, mesti ramai kaum kerabat die kene lastik, ade yang patah-patah, patah sendi, patah ekor, patah kepala, patah hati, patah tulang, patah balik dan patah tumbuh hilang berganti).

3.) Ironman (takut sangat ngan hujan, kalo hujan terus lari, takut karat, semua jenis hujan die takut, hujan panas, hujan bukit, hujan monsun, band hujan, hujan asid, lagu hujan, hujan batu, hujan emas di negeri orang hujan keris lembing di negeri sendiri, bahkan air hujan (shower) pon die takut).

4.) Spiderman (ape yang die takut? takut naik lif, die ni memang tak leh naik lif, kalo naik lif je, mesti menggeletor, tak caye? tengok spiderman 2, mase die naik lif, berpeloh-peloh. tapi die suke satu jenis lif, iaitu west life).

5.) Batman (batman takut cahaye. mesti korang semua pikir camtu kan? salah, batman takut kat BREEZZZ. sebab ape? sebab brezz memutihkan pakaian, die memang takut kat warne putih ni, jadi automatiknye die takut habis ngan brezzzzz, jadi die hanye menggunakan sabun cap trojan untuk membasuh sahaje).

6.) Catwoman (takut kat anjing? catwoman nampak je macam kucing sebenarnye takut kat tikus, takleh nampak tikus, mesti melompat punye, tak caye? cube lempar tikus, tak kire lah tikus kecik, tikus besor, tikus katuri, bapok segale tikus, tikus mondok, tetikus, racun tikus, tikus siam lagi la die takut.

7.) Hulk (hulk tak takut ape-ape, tapi hulk takut sangat kat satu bende yang ade kat malaysia je. ape mende tu? nak tau? die takut kat *******, ye sape takleh bace ni, mesti hidung die besor, mauahahhahaha).

8.) Power Rangers (diorang takut pe, diorang ade robot besor, sebenarnye diorang takut kat robot gundam, sebab robot gundam ade mende yang diorang takde, iaitu, jeng jeng jeng, sorang pilot yang hebat iaitu aku, muahahahahahhaha).

9.) Ultraman (ape yang die takut? die takut gelap? salah, die takut kat orang malaysia, pasal ape? pasal kat malaysia ade klen die, tak caye? kite ade otoroman, otoroman taro, otoroman tiga, otoroman gaia, otoroman dyna, otoromankosmos, otok ramnen ngan otakotak).

10.) X-Men (ape yang diorang takut, diorang takut kat kumpulan ekstrem lain, Y-men, Z-girls, B-women, K-boys,WWE, WCW, ECW, M.rajoli, A.samad said, M.nasir ngan coklat MNM.).

"tangisan mengiringi perpisahan"

Ibnu Al-Mubarak telah berjumpa dengan seorang yang jahat pekerti dan rendah budinya dalam satu perjalanan. Namun dia terus pergaulinya dan berjalan bersamanya, walaupun terpaksa menanggung kesabaran atas pekertinya yang kurang menyenangkan itu. Detik berpisah akhirnya tiba. Ibu Mubarak menjadi sebak dan menangis. Apabila ditanya kenapa dia menangis, dia menerangkan "Aku menangis kerana masih sayang kepadanya. Aku terpaksa berpisah dengannya dalam keadaan dia belum dapat berpisah dengan kelakuannya yang buruk itu."

MORAL & IKTIBAR
(apa yang aku dapat simpulkan)
  • Buatlah kawan dengan siapa saja asalkan bertujuan untuk memperbaiki hubungan silaturahim serta mendekatkan diri kepada Allah
  • Bersabar dalam pergaulan suatu kebajikan. Berusaha memperbaiki akhlak kawan satu kebajikan yang lain.
  • Mencari kawan mudah tetapi mencari kawan yang seia dan sekata amat sukar
  • Perbaiki hubungan sesama manusia (hablum-minan- nas) di samping perbaiki hubungan dengan Allah (hablum-mina- Allah)
  • Dua sahabat yang menangis lantaran berpisah kerana Allah akan dinaungi Arasy pada hari yang tiada naungan kecuali naungannya.
  • Jangan mamandang keji terhadap seseorang kerana akhlaknya tapi bersimpatilah di samping cuba untuk mengubah kelakuannya
  • Berusaha dalam dakwah adalah tanggungjawab kita tetapi pemberian taufiq dan hidayat adalah di tangan Allah

Berkawan dengan orang yang jahat akhlak adalah sebagai satu cara untuk menguji diri sejauh mana kesabaran dan kesediaan kita untuk memaafkannya.

3/24/2009

mencintai dan dicintai adlh amat sukar sbnrnye..

hargailah sblm ianya terlepas..



dlm kesunyian td..tetibe jew ak rase mcm nak m'belek2 msg dlm hp ak..dlm erti kate lain sbenarnye ak nak delete msg2 lame..
semmgnya aku jnis yg mlas nak delete2 msg..kdg2 2 ader la dlm 300msg t'smpan dlm inbox ak..ngehehe,dlm dok delete 2..aku terhenti pd satu msg yg ak dpt n ak rase btul2 wat ak tersentuh n t'pk seketika..so ak nak kongsi ngan korg sume..msg 2 lbih kurg mcm nie..

" bile seseorang yag rapat dgn kita tue masih ada, kita tak manfaatkan masa bersama dan kurang menghargai dia..tapi bile orang tue dah tiada, kita terkenang2 saat2 bersama dia..timbul rasa menyesal krn tidak menghargai dia sebaiknya" *_ _k_ _m_ _*

ak pasti rmai kat luar sana pnah merasai ape yg tersirat pd ayat di atas nie..bg ak, ak juga insan yg serba kekurgn..x pnah lari dr m'buat kesilapan..apa yg aku harapkn hnya yg terbaik yg mampu ak lakukan pd dri aku sndri..apa yg terjadi ak jdkan pengalaman..pngalaman yg mampu mgajar ak m'cari ketabahan dlm dri..
yg pasti aku percaya Allah sentiase brada di sisi hamba2Nya..padaMu jua ak brada di muka bumi ini,padaMu jua ak akn kmbali..penyesalan yg x akn kembali pd ianya berlaku sblm2 ini...

3/20/2009

hari kedukaanku~

aku x tau nak ckp cmne..apa yg aku dpt simpulkan aku dlm keadaan sdih yg amat sgt..mgkn apa yg berlaku sume ni ke ats aku ade hkmahnye..
mcm mane pon aku ttp trime seadanya apa yg dah t'jd..aku bole solve kn prob org..tp aku nye prob x leh settlekn..pale otak aku serabut bile pk sume nie..Ya Allah, kau bantulah hambamu ini yg dlm kesusahan, berilah petunjuk kau pd hambamu ini yg serba kekurgn..aku syangkn keluarga aku, dan org2 yg t'syang yg brada hmpir dgnku ya Allah..

aminnnn~

3/13/2009

Erti Cinta & Perkahwinan

Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya.. .
pelajar: guru, apakah erti cinta..? bagaimanakah saya boleh mendapatkannya. ..?
guru: ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana ,berjalanlah kamudan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sek ira nyakamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telahmenemui cinta.
pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.
guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?

pelajar menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

gurunya menjawab: ye, itu lah cinta...

dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan. ..?

guru: ada hutan yang subur didepan sana . berjalanlah kamu.tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokoksaja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yangpaling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?

pelajar itu menjawab: sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya.. .

maka guru itu menjawab: itulah perkahwinan. ......

tamat....

Kesimpulannya, usahlah terlalu memilih cinta, ditakuti anda akan terlepasnya, dan janganlah terlalu memilih jodoh, terimalah pasangan anda dengan seadanya. Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Setiap insan pasti ada kelebihan dan kekurangannya .